Kenyataan FIFA Ke Atas Indonesia

0
824

FIFA dijangka akan melakukan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat sebaik sahaja menerima aduan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Intipati mesyuarat tersebut mengenai bidaan Piala Dunia B20 tahun 2021 yang dilakukan oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) selepas kawalan keselamatan pada perlawanan pusingan ke-2 Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023 semalam di antara Indonesia bertemu Malaysia tidak menetapi piawaian yang diperlukan sebagai salah satu syarat untuk memenangi bidaan kejohanan tersebut.

Intipati lain juga berkenaan kain rentang berunsur lucah yang dinaikkan oleh penyokong tuan rumah termasuk membaling objek sehingga menyebabkan kecederaan dan juga botol yang mengandungi air kencing kepada penyokong pihak lawan (Malaysia).

PSSI berkemungkinan akan didenda sebanyak $30,000 hingga $50,000 USD, bermain dalam stadium tanpa penyokong, disingkirkan daripada senarai pembidaan kejohanan itu atau digantung 2 tahun oleh FIFA.

Leave a reply