Kerajaan Warisan Terbentuk Secara ‘Haram’

Pengarah Komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing mendakwa Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman tidak dapat menerima hakikat kerajaan parti itu sekarang ‘haram’ kerana dibentuk selepas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO melompat parti.
0
285

Pengarah Komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing mendakwa Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman tidak dapat menerima hakikat kerajaan parti itu sekarang ‘haram’ kerana dibentuk selepas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO melompat parti.

ADUN UPKO melompat parti dan bekerjasama dengan Warisan serta Pakatan Harapan (PH) untuk membentu kerajaan negeri.

Menurutnya, Aziz cuba mengaitkan tindakan ADUN UPKO itu dengan apa yang berlaku pada 1994 apabila Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah Sabah selepas ADUN Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai BN ketika itu sehingga menyebabkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meletak jawatan.

“Inilah sebenarnya perbezaan yang ada di antara Kerajaan BN pada 1994 dengan WARISAN sekarang kerana pada masa itu Pairin meletakkan jawatan selepas mengetahui BN mendapat majoriti berbanding PBS.

“Dalam sistem demokrasi memang sewajarnya Pairin meletakkan jawatan kerana Ketua Menteri baru perlu dilantik iaitu Tun Sakaran Dandai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau mendakwa, berbeza dengan apa yang berlaku kepada Warisan pada 2018, yang mana bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman masih belum meletakkan jawatan tetapi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama Warisan telah berunding dengan Yang Di-Pertua Negeri untuk dilantik menjadi Ketua Menteri secara ‘haram’.

“Ini menyebabkan Sabah mempunyai dua Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang dilantik secara sah tetapi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diantik secara ‘haram’,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan secara haram itu menyebabkan kerajaan yang diterajui Warisan kini juga adalah haram dan kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.

“Sekiranya kepimpinan Warisan dan penyokong mereka rujuk kononnya UMNO pun rampas kuasa di Perak pada 2009, itu pun ada perbezaan dengan kes di Sabah.

“Pada 2009 dui Perak, kerajaan negeri di bawah PAS dan PH gagal mendapat sokongan majoriti ADUN kerana ada dua orang ADUN kerajaan menyokong UMNO.

“MB Perak ketika itu mengaku di depan Sultan bahawa kerajaannya hilang majoriti dan mahu pilihan raya mengejut diadakan.

“Sultan Perak tidak bersetuju membubar DUN dan akhirnya Sultan menjemput UMNO-BN untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Ghazalie berkata, di Sabah Musa tidak pernah mengaku hilang majoriti dan mencabar sesiapa pun termasuk Yang di-Pertua Negeri untuk membuktikan dia sudah hilang majoriti di DUN Sabah.

“Tetapi Warisan tidak pernah menyahut cabaran ini, mereka memilih untuk merampas kerajaan secara haram melalui pelantikan Shafie Apdal,” katanya.

Comments are closed.