Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi angka 36,000

Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 36,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,048 orang.
0
39

JAKARTA: Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 36,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,048 orang.

Provinsi Jawa Timur terus mencatatkan peningkatan jumlah kes baharu yang drastik dan kini menjadi wilayah tertinggi mencatatkan kematian iaitu berjumlah 575 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,111 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dengan 48 lagi kematian berlaku.

“Kes positif kini berjumlah 36,406 manakala sebanyak 13,923 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Comments are closed.