‘Klopp tolonglah jangan menang lagi’

Penyokong Liverpool sudah bersedia untuk sambutan besar-besaran bagi meraikan gelaran juara liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun.
0
302

Penyokong Liverpool sudah bersedia untuk sambutan besar-besaran bagi meraikan gelaran juara liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun.

Namun bagi peminat Manchester United berusia 10 tahun, prospek untuk trofi Liga Perdana buat Reds dianggap keterlaluan.

Daragh Curley cuba bertindak terhadap persembahan tanpa kalah Liverpool dalam Liga Perdana dengan menulis surat kepada bos Reds, Jurgen Klopp meminta mereka tidak lagi menang perlawanan!

Menerusi surat berkenaan dia berkata: “Jurgen Klopp yang dihormati, Nama saya Daragh. Saya berusia 10 tahun. Saya bersekolah di Glenswilly N.S di Donegal. Saya menyokong Man United dan sebab saya menulis surat ini ialah untuk mengadu.

“Liverpool memang terlalu banyak perlawanan. Jika awak menang sembilan lagi perlawanan, awak akan menjadi pasukan dengan rekod perlawanan terbaik dalam bola sepak England. Menjadi penyokong United itu sesuatu yang menyedihkan.

“Jadi lain kali apabila Liverpool bermain, biarkan mereka kalah. Awak patut biarkan pasukan lain menjaringkan gol. Saya harap saya berjaya yakinkan awak untuk tidak menang gelaran liga atau mana-mana perlawanan lain lagi. Yang ikhlas, Daragh.

Daragh kemudian terkejut pabila dia menerima balasan rasmi Klopp, yang menolak permintaan berkenaan selain memberikan kata-kata nasihat untuk peminat muda United itu di masa depan.

Klopp membalas dengan menerangkan dia tidak ada pilihan untuk membuatkan Liverpool kalah dan dia bertanggungjawab membuatkan penyokong Reds seluruh dunia gembira dengan berkata: “Malangnya, dalam keadaan ini saya tidak boleh tunaikan permintaan awak, bukan atas pilihan.

“Sama seperti awak mahu Liverpool tewas, tugas saya ialah melakukan apa saja bagi membantu Liverpool menang kerana berjuta orang seluruh dunia mahu ia berlaku, jadi saya benar-benar tidak mahu mengecewakan mereka.’

Klopp juga menerangkan kepada budak berusia 10 tahun itu bahawa dominasi tidak akan kekal dan kitaran bola sepak akan menjadikan ia berubah. – Agensi

Comments are closed.