Koronavirus : Rakyat China Diminta Tangguh Perkahwinan

Kerajaan China meminta pasangan pengantin menangguhkan majlis dari tarikh perkahwinan popular, selain menasihatkan keluarga mengurangkan perkhidmatan pengebumian bagi membantu memperlahankan penyebaran coronavirus.
0
190

Kerajaan China meminta pasangan pengantin menangguhkan majlis dari tarikh perkahwinan popular, selain menasihatkan keluarga mengurangkan perkhidmatan pengebumian bagi membantu memperlahankan penyebaran coronavirus.

Ia susulan jumlah kematian akibat coronavirus yang meningkat kepada 259 dengan jumlah kes menghampiri 12,000 orang di seluruh negara.

Kementerian Hal Ehwal Awam China dalam satu kenyataan berkata, mana-mana pendaftaran perkahwinan yang dirancang pada 2 Februari dinasihatkan dibatalkan berikutan situasi meruncing coronavirus.

Tarikh itu dikatakan bertuah untuk mengadakan majlis perkahwinan berikutan kedudukan angka 02022020 memberikan nombor sama jika terbalikkan.

Beijing, Shanghai dan bandar raya lain sebelum ini menawarkan perkhidmatan pendaftaran perkahwinan pada tarikh berkenaan tetapi tidak mendapat sambutan.

Kementerian itu berkata, keputusan berkenaan hanya bersifat sementara untuk menghentikan perkhidmatan kaunseling perkahwinan, selain menasihatkan orang ramai tidak mengadakan majlis perkahwinan.

“Majlis pengebumian juga perlu diadakan dengan mudah dan cepat bagi mengelak orang berhimpun, manakala mayat mangsa coronavirus perlu diuruskan secepat mungkin.

“Kakitangan pengendali pengebumian diingatkan memakai alat perlindungan diri dan melakukan pemeriksaan suhu bagi mengelak risiko jangkitan,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan terkini, China secara drastik menguatkuasakan sekatan perjalanan dan menolak cuti Tahun Baharu China berikutan jutaan orang tiba di negara untuk sambutan perayaan itu sebagai usaha membendung virus itu.

Sekolah dan universiti di seluruh negara juga diarah tidak memulakan kelas, manakala operasi kilang digesa menangguhkan tugas pekerja serta orang ramai diminta mengelakkan pertemuan.

Pegawai di Hubei hari ini mengumumkan mereka menangguhkan semua pendaftaran perkahwinan dari Isnin hingga diberitahu kelak.

Comments are closed.