Lesen memandu UNHCR tidak diiktiraf JPJ

Lesen Memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tidak sah untuk digunakan bagi memandu kenderaan di Malaysia.
0
126

Kuala Lumpur: Lesen Memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tidak sah untuk digunakan bagi memandu kenderaan di Malaysia.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ menegaskan, penggunaan lesen itu tidak selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Berdasarkan kepada petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam, bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemuka sebarang bantuan kepada kerajaan Malaysia.

“JPJ sentiasa komited dengan memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa sahaja pelanggaran peraturan jalan raya yang ditetapkan,” katanya.

Comments are closed.