MAKLUMAT PERCUKAIAN TERKINI, SPK MASIH MEDIUM TERBAIK

Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) masih dianggap medium terbaik untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai isu percukaian daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Sabin Samitah.
0
190

SANDAKAN: Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) masih dianggap medium terbaik untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai isu percukaian daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Sabin Samitah.

Beliau berkata walaupun terdapat pelbagai pendekatan telah dilaksanakan oleh LHDN untuk memberi kesedaran mengenai percukaian, platform SPK masih relevan.

“Langkah yang dilakukan ini untuk memastikan ketirisan cukai dapat dielak dan hasil negara terus dipelihara.

“Walaupun LHDN tidak mempunyai persaingan dari segi fungsi dan peranan, organisasi ini akan terus memikirkan tindakan yang inovatif untuk menjana hasil cukai langsung kepada tahap optimum dan memenuhi jangkaan kerajaan,” katanya pada perasmian SPK 2019 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Seksyen Pejabat Pengarah LHDN negeri Sabturiah Sulaiman.

Dalam menghadapi ketidaktentuan global, Sabin berkata LHDN akan sentiasa bersiapsiaga dalam menghadapi isu percukaian yang lebih ‘rapuh’, lebih kompleks dan kritikal pada bila-bila masa.

“Cabaran ekonomi, Revolusi Industri 4.0, perubahan kaedah perniagaan tradisional kepada dalam talian, isu mengelak cukai, perancangan cukai dan percukaian antarabangsa akan diberi perhatian sewajarnya oleh LHDN,” katanya.

Leave a reply