Malam Jumaat Pilihan Masa Pernikahan Zahirah MacWilson & Aiman

Persoalan yang berlegar-legar dalam kalangan ramai pihak akhirnya terjawab apabila pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini.
0
752

Persoalan yang berlegar-legar dalam kalangan ramai pihak akhirnya terjawab apabila pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam majlis pernikahan secara tertutup di Petaling Jaya, malam ini.

Biarpun memuatnaik foto pra-perkahwinan lengkap dengan tanda pagar gabungan nama mereka serta tarikh 20 Februari, pasangan terbabit sebelum ini bertindak mengunci mulut apabila merahsiakan pemilihan tarikh cantik ini sebagai hari penyatuan mereka kerana mahu menjadikannya sebagai kejutan buat semua pihak.

Zahirah, 25, dan Aiman, 31, mula berkenalan sejak empat tahun lalu dan mula rapat pada November 2018.

Percintaan yang mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak ini akhirnya dimeterai dengan ikatan pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia.

Mereka sudah bersiap sedia dan cukup mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan

Zahirah sebelum ini mengakui perkahwinan ini adalah satu fasa baru dalam hidupnya.

“Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya,” katanya yang bersyukur hasratnya untuk berkahwin pada usia sekarang direstui kedua ibubapanya.

Manakala bagi Aiman pula, kehadiran Zahirah dalam hidupnya umpama satu anugerah besar yang sentiasa dinantikannya.

“Ketika bertemu dengan dia, saya sudah mula rasa sesuatu yang berbeza. Terdetik dalam hati saya, ‘dia adalah orangnya’,” katanya mengakui Zahirah adalah wanita yang bakal melengkapi kehidupannya.

Walaupun bergelar isteri selepas ini, ia tidak menghalang Zahirah meneruskan cita-citanya dalam bidang seni.

Comments are closed.