Man City juara Piala Liga

Pep Guardiola berkata pemain-pemain Manchester City kendaliannya terlalu inginkan trofi dan ia menjadi kenyataan selepas mereka menjuarai Piala Liga - trofi kelapan pengendali itu bersama kelab berkenaan.
0
215

LONDON: Pep Guardiola berkata pemain-pemain Manchester City kendaliannya terlalu inginkan trofi dan ia menjadi kenyataan selepas mereka menjuarai Piala Liga – trofi kelapan pengendali itu bersama kelab berkenaan.

City mengesahkan kejuaraan ketiga berturut-turut Piala Liga dan kelima dalam tujuh musim selepas menewaskan Aston Villa 2-1 di Wembley.

City mendahului 2-0 menerusi Sergio Aguero dan Rodrigo Hernandez dalam tempoh 30 minit pertama, manakala gol tunggal Villa hasil jaringan Mbwana Samatta pada minit ke-41.

PEMAIN Manchester City, Sergio Aguero menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Aston Villa pada aksi Piala Liga di Wembley. – Foto Reuters

City sukar ditewaskan pada aksi final sepanjang di bawah kendalian Guardiola. Malah mereka mencatat rekod cemerlang dalam semua kejohanan domestik sepanjang tiga musim lalu.

Guardiola membimbing City memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris, tiga Piala Liga, satu Piala FA dan dua Perisai Komuniti.

Hanya di pentas Eropah City masih belum mampu meraih gelaran.

“Kami menang lapan gelaran sejak kami beraksi pada final pertama di sini menentang Arsenal (Piala Liga 2017-18),” kata Guardiola.

“Kami di dalam 11 pertandingan dan menang lapan daripadanya. Kami cuba memberikan yang terbaik untuk kelab.

“Lapan daripada 11 sudah cukup membanggakan.” – REUTERS

PEMAIN Manchester City, Rodri menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Aston Villa pada aksi Piala Liga di Wembley. – Foto Reuters

Comments are closed.