Mati Sebab Kentut

Berang kerana ‘dikentut’, seorang lelaki bertindak luar jangka apabila menetak suami isteri di sebuah rumah di Bandes Batu Kasek, Padang, Rabu lalu.
0
794

Berang kerana ‘dikentut’, seorang lelaki bertindak luar jangka apabila menetak suami isteri di sebuah rumah di Bandes Batu Kasek, Padang, Rabu lalu.

Tribunnews melaporkan, kejadian pada 7 pagi itu mengorbankan lelaki berusia 46 tahun, manakala isterinya berusia 41 tahun parah dan masih dirawat di hospital daerah itu.

Difahamkan, suspek berusia 37 tahun berdendam dengan si mati yang dikatakan sudah beberapa kali kentut di kepalanya ketika minum di sebuah warung, minggu lalu.

Dendam suspek mencapai kemuncak, sebelum dia membawa senjata tajam ke rumah mangsa untuk ‘pembalasan’.

Ketika kejadian, mangsa sedang tidur dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk menghalang perbuatan suspek, manakala isterinya yang kebetulan memasuki bilik juga ditetak.

Ketua Polis Lubuk Begalung Asisten Komisioner Andi Parnigotan Lorena berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital kerana parah di kepala dan dada.

“Isteri mangsa bagaimanapun masih menerima rawatan lanjut kerana kecederaan di telinga dan tangannya, serius.

“Suspek mengakui bertindak sedemikian kerana berang apabila mangsa beberapa kali kentut di kepalanya,” katanya.

Andi berkata, polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut dan sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun.

Comments are closed.