Meja khas dicipta bersama katil untuk pekerja ingin rehat di pejabat

Malah lebih memburukkan keadaan apabila anda sering menguap ketika menyiapkan tugas, akhirnya tidak boleh memberi fokus dengan baik sehingga menyebabkan beberapa kesalahan berlaku tanpa anda sedari.
0
337

Malah lebih memburukkan keadaan apabila anda sering menguap ketika menyiapkan tugas, akhirnya tidak boleh memberi fokus dengan baik sehingga menyebabkan beberapa kesalahan berlaku tanpa anda sedari.

Dalam hal ini ia sekaligus menjejaskan prestasi anda sebagai seorang pekerja.

Jangan risau kerana masalah ini boleh diselesaikan dengan bijak apabila sebuah syarikat reka bentuk Yunani Studio Nl mencipta meja yang sesuai untuk mereka yang ingin tidur.

Menurut Express.co, meja tersebut dicipta bersekali dengan katil di bahagian bawahnya yang membolehkan pekerja baring dengan selesa.

Bukan itu sahaja, malah meja tersebut turut menjimatkan ruang kepada pekerja untuk berehat sebentar di “ruang privasi” mereka.

Difahamkan katil itu terletak di bawah meja dengan saiz “single” dan mempunyai televisyen di hujung kaki meja.

Ia juga dicipta untuk mereka yang ingin berehat sebentar selama 10 ke 15 minit sebelum memulakan kembali tugasan pada waktu selepas makan tengahari.

Dengan cara ini ia boleh meningkatkan kembali daya tenaga dan kecerdasan untuk meneruskan tugas dengan relaks dan tanpa tekanan.

Menurut pengasas meja tersebut, Athanasia Leivaditou rekaannya bersesuaian kerana menjimatkan masa pulang ke rumah dan kembali ke pejabat untuk bekerja.

“Masa terlalu pantas dan mereka boleh melakukan dua perkara pada satu tempat yang sama.

“Ia sesuai untuk mereka yang ingin tidur siang sebentar bagi tujuan berehat serta tidur pada waktu malam dan boleh kembali bertugas pada waktu yang sama tanpa mengambil masa yang lama untuk bersiap ke pejabat,” ujarnya lagi.

 

Comments are closed.