Meninggal dalam perut, abang kakak menangis suruh ibu ‘hidupkan’ adik balik

Seorang ibu terpaksa menerima hakikat bahawa anak dalam kandungan sudah tidak bernyawa menjelang tiga hari sebelum bersalin.
0
387

Seorang ibu terpaksa menerima hakikat bahawa anak dalam kandungan sudah tidak bernyawa menjelang tiga hari sebelum bersalin.

Sofea Shafie berkongsi kisah sedih itu di laman Facebook miliknya yang mengakui perlu sabar dan kuat menghadapi ujian tersebut setelah menunggu kehadiran cahaya mata ketiga itu selama lima tahun.

Menurut Sofea, segala persiapan dilakukan seperti menyambut kelahiran anak sulung malah setiap hari bayi tersebut aktif bergerak namun tiba-tiba disahkan meninggal dunia.

“Bibir masih merah, kulit seputih salju”

“Kakak Aisya & abang Akiff suruh umi hidupkan adik balik”

Mengimbau kembali peristiwa tersebut, dia mengambil keputusan untuk pergi ke klinik pada Jumaat lalu selepas menyedari bayi itu tidak bergerak sebelum disahkan jantung anaknya sudah terhenti.

Sofea juga berpesan untuk para ibu yang sedang hamil supaya tidak terlalu tertekan dan melakukan kerja berat kerana boleh memberi kesan buruk kepada kandungan.

Selamat bersalin anak syurga pada 22 Februari

Dua anak syurga sedang menanti

Al-Fatihah & salam takziah buat anak syurga ini. Semoga Sofea dan ahli keluarganya tabah menerima ujian Allah SWT walaupun perit dilalui.

Comments are closed.