“Muhyiddin Khianati Saya” – Tun M

Itu luahan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary hari ini.
0
9561

“Saya telah dikhianati oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

Itu luahan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan (PH) akan membuat undi tidak percaya di Dewan Rakyat kelak memandangkan PH mempunyai majoriti berbanding Perikatan Nasional.

“Bagaimanapun saya takut sidang Parlimen Dewan Rakyat akan lambat bagi membeli masa,” katanya sambil menambah Yang Dipertuan Agong tidan lagi membenarkan pihaknya mengadap hari ini kerana ada proses pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri baharu.

Mahathir juga memberi bayangan seandainya lama lagi Dewan Rakyat mengambil masa untuk bersidang maka mungkin angka 114 (sokongan ahli parlimen kepada PH mencadangkan dirinya menjadi perdana menteri) akan berubah.

Pagi ini, Muhyiddin dan gabungan baharu politik negara akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan di Istana Negara.

Comments are closed.