Mungkin lantik dua atau lebih TPM

Dua Timbalan Perdana Menteri atau lebih. Itu kemungkinan yang berlegar dalam kalangan pemerhati politik tempatan selepas pertemuan empat parti politik tanah air secara berasingan, semalam.
0
301
Dua Timbalan Perdana Menteri atau lebih. Itu kemungkinan yang berlegar dalam kalangan pemerhati politik tempatan selepas pertemuan empat parti politik tanah air secara berasingan, semalam.
Antara yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan nombor dua selepas pembentukan gabungan baharu ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pas sebelum ini menyatakan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimennya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Manakala rakan gandingan di dalam Muafakat Nasional, Umno turut menyertai pakatan baharu itu, walaupun pada awalnya dua daripada Ahli Parlimennya enggan berbuat demikian.
Difahamkan, Abdul Hadi dinamakan sebagai calon daripada Muafakat Nasional.
Sumber memberitahu Harian Metro, dua Ahli Parlimen daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dikatakan turut akan menyertai gabungan terbabit.
“Jika itu berlaku, Barisan Nasional ada 42 kerusi, Bersatu (26), Pas (18), dicampur dengan Gabungan Parti Sarawak serta serpihan PKR, maka itu sudah boleh membentuk kerajaan,” katanya.
Sumber memaklumkan gabungan berkenaan dibentuk susulan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang antaranya turut membincangkan peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika ia berlaku, bermakna DAP yang mempunyai 42 kerusi perlu membentuk pakatan lain di barisan pembangkang.

Comments are closed.