Musa Aman bebas 46 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Kuala Lumpur: Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dibebaskan daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak di negeri itu.
0
47

KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dibebaskan daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak di negeri itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam bela tertuduh semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Sebelumnya, ketika prosiding, pihak pendakwaan telah meminta supaya tetuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

Ketika dihubungi media peguam bela Musa Francis Ng mengesahkan anak guamnya telah dibebaskan.

“Ya, semua tuduhan ditarik dan Tan Sri (Musa) dilepas dan dibebaskan sama sekali,” kata Ng.

Terdahulu, dilaporkan Musa telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 46 pertuduhan terhadapnya.

 

Comments are closed.