Nenek Tua Habiskan Masa Baca Al Quran Kerana Tiada Duit Makan

Baru-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita warga emas yang dilihat sedang duduk sambil khusyuk membaca ayat suci al-Quran tular di laman Twitter.
0
15280

Baru-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita warga emas yang dilihat sedang duduk sambil khusyuk membaca ayat suci al-Quran tular di laman Twitter.

Gambar tersebut dikatakan bernilai dimana nenek tersebut menghabiskan sisa hidupnya dengan melakukan amal ibadah seperti mengaji al-Quran selain menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Dalam keadaan serba kekurangan di sebuah lorong kecil, nenek berkenaan pastinya mengadu dan berserah hanya pada Yang Esa dalam apa jua perkara yang dihajat dalam hati.

Posting dimuat naik Zia Ul Haq itu mendapat lebih 10,000 perkongsian dan 27,000 tanda suka serta pelbagai reaksi warganet yang rata-rata turut tersentuh hati melihat gambar tersebut dan berharap agar doa nenek tersebut dimakbulkan.

Semoga nenek terus panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik bagi memperbanyakkan lagi amal ibadah untuk dilakukan pada waktu terluangnya.

Comments are closed.