NGO DIGESA BANTU MANGSA KEBAKARAN LAHAD DATU

0
183

LAHAD DATU: Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di daerah ini digesa tampil bagi membantu kira-kira 128 penduduk Kampung Teck Guan, Jalan Silam di sini yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran malam tadi.

Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) bahagian Silam, Rosniah Itin Tuar yang membuat gesaan itu berkata kebanyakan mereka yang tinggal sehelai sepinggang itu kini berada di pusat pemindahan sementara di Kilang Lahad Datu Tyre, Masjid Kampung Teck Guan dan Dewan Terbuka St. Dominic.

ROSNIAH ITIN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Bantuan dari semua pihak diperlukan, dalam usaha meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal sekelip mata. Sumbangan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk dan diharap semua pihak bersatu hati memberikan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan untuk bayi dan kanak-kanak selain makanan kepada mangsa kebakaran di tiga pusat penempatan sementara itu anjuran Pusat Khidmat Parlimen Silam dan Warisan

Leave a reply