OPS khas hapus babi hutan

Operasi khas hapus babi hutan di kawasan penempatan penduduk digerakkan khususnya di Melaka Tengah, kata EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.
0
33

MELAKA: Operasi khas hapus babi hutan di kawasan penempatan penduduk digerakkan khususnya di Melaka Tengah, kata EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Menurutnya, Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menggerakkan operasi itu sejak insiden seorang pekerja kilang pemasangan kereta Honda merempuh haiwan itu, Jumaat lalu hingga koma.

Mangsa, Zulkarnain Mokhtar, 32, meninggal dunia di Hospital Melaka, 12.30 malam tadi.

“Perhilitan dan agensi berkaitan menjalankan operasi sejak minggu lalu bagi membanteras babi hutan khususnya di Melaka Tengah dan antara kawasan diberi tumpuan, Kandang, Air Leleh dan Kampung Semabok Dalam.

“Turut ditumpukan Solok Bukit Baru, Kampung Jambatan Duyong dan Bukit Pulau. Operasi ini diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya

Menurutnya, tindakan segera diambil berdasarkan aduan penduduk dan pemantauan dilakukan berterusan.

Comments are closed.