Pelancong China di Sabah disahkan negatif coronavirus

Pelancong dari China yang tiba di Sabah pada rabu lalu disyaki menghidap coronavirus atau dikenali sebagai 2019 n-CoV didapati negatif jangkitan itu.
0
370
Pelancong dari China yang tiba di Sabah pada rabu lalu disyaki menghidap coronavirus atau dikenali sebagai 2019 n-CoV didapati negatif jangkitan itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan ujian pengesanan dan pengesahan dilakukan terhadap pesakit berkenaan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Menurutnya, hasil ujian berkenaan mengesahkan pesakit berkenaan negatif jangkitan itu.
“Gejala dialami pesakit berkenaan adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A.
“Pasakit kini dilaporkan beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil,’ katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi.
Terdahulu, Dr Noor Hisham mengesahkan tiga daripada empat pesakit yang disyaki menghidap koronavirus di negara ini didapati negatif jangkitan itu.
Beliau memaklumkan mereka itu dimasukkan ke wad pengasingan bagi membolehkan rawatan dan siasatan lanjut dijalankan dan ujian makmal dijalankan terhadap sampel milik tiga pesakit iaitu dua dari Selangor dan seorang dari Sabah didapati negatif bagi jangkitan itu.

Comments are closed.