Pele alami kemurungan

Legenda bola sepak, Pele mengalami kemurungan dan jarang tinggal di rumah disebabkan masalah kesihatan yang menyaksikan dia tidak boleh berjalan secara normal.
0
351

Legenda bola sepak, Pele mengalami kemurungan dan jarang tinggal di rumah disebabkan masalah kesihatan yang menyaksikan dia tidak boleh berjalan secara normal.

Perkara itu didedahkan anak lelakinya, Edinho dalam satu temu bual yang disiarkan, semalam.

“Dia sukar untuk bergerak…dan itu membuatkan dia mengalami kemurungan,” kata Edinho mengulas mengenai kesihatan bapanya yang berusia 79 tahun itu yang disiarkan di laman web berita sukan Globoesporte.com..

“Cuba bayangkan, dia adalah ‘raja’, dia sentiasa menjadi tokoh yang hebat dan sekarang dia tidak boleh berjalan secara normal. Dia sangat malu dengan keadaan dirinya.”

Pele yang menjadi kebanggaan arena bola sepak Brazil dan menjadi satu-satunya pemain yang memenangi  tiga gelaran Piala Dunia  (1958, 1962 dan 1970) disifatkan sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Dia kerap mendapatkan rawatan di hospital sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan beberapa masalah kesihatan yang dialaminya.

Edinho, berkata Pele gagal pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan pinggul sekali gus mengakibatkan dia tidak boleh berjalan secara normal.

Comments are closed.