Pengurus Arsenal, Mikel Arteta Positif Covid-19

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta diuji positif koronavirus, menurut pengumuman kelab Liga Perdana itu awal pagi tadi.
0
168

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta diuji positif koronavirus, menurut pengumuman kelab Liga Perdana itu awal pagi tadi.

“Pusat Latihan London Colney kami ditutup selepas ketua jurulatih, Mikel Arteta didapati positif Covid-19 malam tadi,” menurut kenyataan Arsenal.

Gunners yang bakal menentang Brighton dalam aksi Liga Perdana malam esok menjelaskan mereka tidak dapat bermain dalam beberapa perlawanan yang sudah diatur.

Sementara itu, Arteta berkata: “Ini sangat mengecewakan tetapi saya membuat ujian itu selepas rasa tidak sihat,” kata Arteta dalam laman web Arsenal. “Saya akan bertugas secepat mungkin sebaik sahaja pulih dan dibenarkan berbuat demikian.”

Comments are closed.