Penjawat awam teruskan sistem penggiliran bekerja dari rumah (WFH)

Sistem penggiliran bekerja dari rumah (WFH) akan diteruskan bagi penjawat awam dan semua perkhidmatan kerajaan
0
32

KUALA LUMPUR: Sistem penggiliran bekerja dari rumah (WFH) akan diteruskan bagi penjawat awam dan semua perkhidmatan kerajaan akan beroperasi sepenuhnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)bermula 10 Jun ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, selaras dengan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6(6) bertarikh 2 Mei lalu, sistem penggiliran WFH masih diteruskan mengikut keperluan dan mengambil kira kebajikan penjawat awam.

“Bagi menyokong ekonomi negara supaya kembali dilandasannya, saya menggesa semua projek pembangunan diteruskan dengan kadar segera.

“Bagi projek yang memerlukan lawatan tapak, aktiviti ini dibenarkan dengan mengamalkan kebiasaan baharu dan meminimumkan bilangan peserta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mesyuarat dan bengkel juga dibenar untuk dianjurkan dengan mematuhi prosedur keselamatan dan protokol yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“PKPP yang dikeluarkan MKN termasuk semua arahan pihak berkuasa hendaklah dipatuhi.

“Ketua jabatan perlu memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menyediakan cecair pembasmi kuman tangan,” katanya.

Comments are closed.