Penyerang Baharu TFC Dominique Da Sylva

KUALA TERENGGANU, 2 Dis -- Teka teki mengenai pengganti bekas ketua pasukan Terengganu FC, Kipre Tchetce akhirnya terjawab apabila pasukan itu mengikat penyerang kelahiran Mauritania, Dominique Da Sylva yang pernah beraksi dalam saingan Liga Vietnam.
0
219

KUALA TERENGGANU, 2 Dis — Teka teki mengenai pengganti bekas ketua pasukan Terengganu FC, Kipre Tchetce akhirnya terjawab apabila pasukan itu mengikat penyerang kelahiran Mauritania, Dominique Da Sylva yang pernah beraksi dalam saingan Liga Vietnam.

Pemilihan pemain berusia 30 tahun itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melalui kenyataan di laman sosial Facebook rasmi persatuan, Terengganu Football Club, hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Da Sylva yang merupakan bekas penyerang Saigon FC pernah beraksi bersama Ho Chi Minh City pada 2017 serta beberapa kelab lain di Emeriah Arab Bersatu (UAE), Cyprus dan Mesir.

“Pemain itu berjaya memikat hati ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain yang menyaksikan sendiri aksi beliau dalam Liga Vietnam sebelum ini.

“Kehadiran beliau akan mengisi kekosongan di bahagian hadapan serta melengkapkan kuota import TFC untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim 2020,” menurut PBSNT.

Leave a reply