Peringkat Akhir Bagi Tuntutan Pampasan Pemilik Tanah

Pembayaran pampasan terhadap pemilik tanah terlibat dalam projek jalan raya Telipok-Kiulu-Rondogung-Ranau kini berada di peringkat akhir.
0
228

KOTA KINABALU: Pembayaran pampasan terhadap pemilik tanah terlibat dalam projek jalan raya Telipok-Kiulu-Rondogung-Ranau kini berada di peringkat akhir.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, kesemua tuntutan pampasan melibatkan pembayaran semua pemilik tanah yang terlibat dalam projek itu adalah muktamad dan kini berada di peringkat akhir di Jabatan Tanah dan Ukur untuk pengesahan.

“Saya percaya semua pembayaran berkenaan akan dilaksanakan segera selepas pengesahan dilakukan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai ketika di persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 di sini semalam.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan Joniston mengenai tempoh masa siap projek berkenaan, Peter menjelaskan kemajuan pelaksanaan projek jalan raya berkenaan kini mencapai 97.03 peratus.

Katanya, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada 23 Disember depan.

 

Leave a reply