Peter Anthony disoal siasat SPRM lagi

Menteri kabinet Sabah dan Naib Presiden Warisan Peter Anthony hadir di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu pagi ini untuk disoal siasat.
0
38

KOTA KINABALU: Menteri kabinet Sabah dan Naib Presiden Warisan Peter Anthony hadir di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu pagi ini untuk disoal siasat.

Menteri kabinet Sabah dan Naib Presiden Warisan Peter Anthony hadir di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu pagi ini untuk disoal siasat.

Peter, 49, ialah menteri yang bertanggungjawab untuk pembangunan infrastruktur negeri, merangkap Adun Melalap.

Akhbar berpengkalan di Kota Kinabalu, Daily Express melaporkan spekulasi kehadiran Peter untuk disoal siasat mengenai kontrak penyelenggaraan jalan bernilai RM1.5 bilion yang diberikan secara rundingan terus kepada lima syarikat.

Akhbar itu turut berspekulasi bahawa SPRM juga mungkin menyoal Peter mengenai tuduhan penjualan ladang kelapa sawit kepada Lembaga Pembangunan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Menurut NST pula, ketika hadir di bangunan SPRM pagi ini, Peter ditemani oleh Setiausaha agung Warisan Loretto S Padua, Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman, Adun Tanjong Kapor Ben Chong dan seorang peguam.

Pada Februari, Peter telah membuat laporan polis mendakwa beliau menjadi mangsa fitnah oleh sebuah laman web, yang mendakwa dirinya telah menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak penyelenggaraan jalan raya itu.

“Saya selaku menteri secara peribadi akan menyaman portal itu, kerana menuduh kita menyalahgunakan kuasa. Mereka juga tahu di peringkat kementerian, kita tidak ada kuasa melantik secara rundingan terus kepada kontraktor, tidak pernah.

“Tetapi, di peringkat Kementerian Kewangan boleh dan ia telah lama diamalkan bertahun-tahun sejak kerajaan Sabah ditubuhkan,” katanya ketika itu.

Pada tahun 2017, Peter ditangkap oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung penjualan ladang kelapa sawit yang dibatalkan kepada Risda.

Kemudian, pada 5 Januari 2018, SPRM sekali lagi menahan Peter Anthony, didakwa berhubung urusniaga pembelian tanah ladang kelapa sawit Risda bernilai RM155 juta di daerah Tongod, Sabah.

Risda berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar, yang diterajui oleh Mohd Shafie Apdal antara tahun 2013 dan 2016.

 

Comments are closed.