PKPB sambung atau tidak akan diketahui sikit masa lagi

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat 12 Mei ini dilanjutkan atau sebaliknya akan diketahui dalam masa terdekat.
0
97

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat 12 Mei ini dilanjutkan atau sebaliknya akan diketahui dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata seperti biasa kerajaan perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum membuat keputusan.

“Tunggulah pengumuman. KKM akan memberikan nasihat kepada kerajaan kerana Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bawah KKM dan Menteri Kesihatan akan nasihatkan perlu disambung atau tidak.

“Dua, tiga hari sebelum tamat PKPB kerajaan akan umumkan. tunggulah saya pun tak tahu lagi,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

Comments are closed.