Polis Buru Pencuri 107 Ekor Kambing

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol giat mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes curi 107 ekor kambing di Ladang Palong 21
0
1423

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol giat mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes curi 107 ekor kambing di Ladang Palong 21, 8 Februari lalu.

Mereka yang dicari ialah G Rajesvaran, 53, atau dikenali sebagai Apu berasal dari Durian Tunggal, Melaka serta V Ramani, 28, atau Kongki dari Rembau, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif, berkata kedua-duanya dipercayai boleh membantu siasatan kejadian terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu boleh menghubungi polis di talian 06-4582222 atau 06-4583449,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, polis menahan lima lelaki yang disyaki mencuri sekandang kambing menggunakan dua lori.

Ternakan dicuri itu ditemui semula di Muar, Johor dan Durian Tunggal, Melaka selepas polis melakukan serbuan di dua lokasi berkenaan.

Comments are closed.