PRA SEKOLAH DAN TADIKA BEROPERASI BERMULA 1 JULAI

Semua prasekolah dan tabika akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
0
20

KUALA LUMPUR: Semua prasekolah dan tabika akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu melibatkan 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7,887 buah milik swasta, serta 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 tabika kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, selepas Kementerian Pendidikan membentangkan prosedur operasi standard berkenaannya.

“Mesyuarat khas telah bersetuju berhubung pembukaan prasekolah dan tabika bermula 1 Julai ini.

“SOP yang terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, di Putrajaya hari ini.

Comments are closed.