Presiden Filipina Benarkan Rakyat Tembak Pegawai Kerajaan Yang Minta Rasuah, Asalkan Tak Terbunuh

0
807

Bagi menangani isu rasuah yang berleluasa ini, keputusan yang dibuat oleh Presiden Negara Filipina ini sangat mengejukan rakyatnya.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata rakyat Filipina boleh menembak pegawai kerajaan yang meminta habuan wang untuk perkhidmatan mereka, asalkan jangan sampai terbunuh.

Beliau juga berjanji akan mempertahankan sesiapa yang menembak pegawai yang meminta rasuah dan tidak akan dipenjarakan.

Dalam ucapannya di Wilayah Bataan, Utara Manila berkata rakyat boleh menampar atau menembak mana-mana pegawai kerajaan yang meminta rasuah selagi tidak berlaku pembunuhan.

Jangan bunuh mereka kerana mungkin mereka terlibat dalam jenayah yang memerlukan pengampunan. Hanya kaki. Ia hanya akan mengalami kecederaan fizikal yang serius. – Rodrigo Duterte

Beliau juga menekankan bahawa hanya menembak pada kaki sahaja, ianya akan memberi pengajaran dan dapat mencegah gejala rasuah di negara tersebut. Bahkan rakyat perlu lebih tegas sekiranya berurusan dengan pihak kerajaan.

Tambahnya lagi, jika rakyat sudah membayar cukai, pembersihan atau apa sahaja dan pegawai kerajaan ini meminta rasuah lagi, tampar dan pukul. Jika ada senjata, tembak mereka tetapi jangan membunuh.

Sumber: Gulf News

Leave a reply