Rakyat diminta bersyukur dengan bantuan yang diberikan

Rakyat seharusnya bersyukur dengan bantuan melalui pakej rangsangan ekonomi prihatin yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.
0
201

Rakyat seharusnya bersyukur dengan bantuan melalui pakej rangsangan ekonomi prihatin yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

“Perdana Menteri sentiasa bersama-sama dengan rakyat dalam mengharungi suasana yang mencabar dengan ancaman wabak COVID-19 yang telah menjadi pandemik di
seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata bantuan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan hari ini merasai kesukaran hidup rakyat semasa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  sebagai langkah membendung wabak ini.

“Walaupun suasana ekonomi dunia kurang memberangsangkan tetapi kerajaan dapat menyediakan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang meliputi semua kelompok
masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik,” katanya.

“Kita mengharapkan supaya negara kembali pulih daripada wabak ini dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman, stabil dan makmur,” katanya.

Comments are closed.