Real, Barca tersingkir Piala Raja Sepanyol

Real Madrid tersingkir daripada saingan Piala Raja Sepanyol selepas tewas 3-4 di tangan Real Sociedad dalam aksi suku akhir, awal pagi tadi.
0
205

Real Madrid tersingkir daripada saingan Piala Raja Sepanyol selepas tewas 3-4 di tangan Real Sociedad dalam aksi suku akhir, awal pagi tadi.

Paling mencuri tumpuan kelibat Martin Odegaard yang menjadi duri dalam daging buat Real dengan dia mempamerkan prestasi luar biasa bagi membantu Sociedad menumbangkan kelab asalnya itu.

Odegaar yang dipinjamkan daripada Real tetapi dibenarkan beraksi menentang kelab asalnya membuka tirai jaringan buat Sociedad pada minit ke-22 sebelum Alexander Isak menambah dua lagi gol buat pasukan itu minit 54 dan 56.

Marcelo dan Rodrydgo masing-masing menjaringkan satu gol buat Real minit ke-59 dan 81 bagi merapatkan jurang namun tandukan  Nacho Fernandez pada lewat permainan melengkapkan kemenangan Sociedad sekali gus mara ke separuh akhir.

Martin Odegaard (kanan) yang menjadi duri dalam daging buat Real dengan dia mempamerkan prestasi luar biasa. – Foto Reuters

Pada aksi itu, Sociedad terpaksa menamatkan aksi dengan 10 pemain selepas Andoni Gorosabel dilayangkan kad merah ketika berbaki tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Kekalahan menyaksikan kemarau kejuaraan Real dalam saingan piala domestik di Sepanyol berterusan selama enam tahun.

Aksi Odegaard nyata memukau dalam perlawanan itu yang kini dilihat semakin menyerlah sejak menandatangani kontrak bersama Real ketika berusia 15 tahun.

Real sebelum ini memutuskan untuk membiarkan pemain berusia 21 tahun itu kekal selama setahun lagi di Anoeta.

Bagaimanapun, dia mungkin dipanggil kembali lebih awal susulan peningkatan prestasi yang ditunjukkannya sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir di stadium ketika dia dibawa keluar.

Reaksi Lionel Messi selepas pemain Athletic Bilbao, Inaki Williams jaring gol pertama. – Foto Reuters
Pemain Athletic Bilbao, Inaki Williams (kanan) meraikan kemenangan bersama pasukan selepas tamat perlawanan. – Foto Reuters

Sementara itu, nasib malang turut menghantui Barcelona apabila mereka tewas 0-1 di tangan Athletic Bilbao dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Inaki Williams muncul wira Bilbao di San Mames apabila meledak gol kemenangan pasukan itu pada minit ke-93.

Kekalahan dialami dua kelab utama Sepanyol kali ini menambahkan lagi kehangatan saingan musim ini yang penuh dengan kejutan selepas Granada dan kelab divisyen dua, Mirandes turut melakar kejutan mara ke separuh akhir.

Comments are closed.