Remaja atur judi ‘online’ dan jual rokok seludup di tahan

SEORANG remaja perempuan warga Indonesia ditahan di sebuah kedai makan di Bau selepas dikesan mengatur kegiatan judi atas talian dan menjual rokok seludup.
0
37

SEORANG remaja perempuan warga Indonesia ditahan di sebuah kedai makan di Bau selepas dikesan mengatur kegiatan judi atas talian dan menjual rokok seludup.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, remaja berusia 18 tahun dari Sambas itu ditahan dalam operasi Ops Dadu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (JSJ IPD) Bau jam 5 petang semalam.

“Semasa serbuan dilakukan di Siniawan Sentral di Bau, anggota polis menahan remaja perempuan itu yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Polis turut merampas beberapa karton pelbagai rokok seludup termasuk wang tunai, telefon bimbit, buku nota tercatat angka bayaran judi atas talian dan sekeping kad sim,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.

Comments are closed.