RM40 untuk pesta ‘goyang’

HANYA dikenakan bayaran RM40 kepada remaja yang menyertai pesta ‘goyang’ di sebuah pusat hiburan di Bandar Prai Jaya di Prai. Difahamkan, dengan bayaran itu remaja terbabit dibenarkan berada di pusat hiburan berkenaan dari malam tadi hingga 6 pagi hari ini.
0
477

HANYA dikenakan bayaran RM40 kepada remaja yang menyertai pesta ‘goyang’ di sebuah pusat hiburan di Bandar Prai Jaya di Prai.

Difahamkan, dengan bayaran itu remaja terbabit dibenarkan berada di pusat hiburan berkenaan dari malam tadi hingga 6 pagi hari ini.

Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dikesan polis sebelum menahan 19 remaja bawah umur termasuk lapan perempuan dalam serbuan di pusat hiburan itu pada 3 pagi tadi.

Remaja terbabit adalah antara 97 individu yang ditahan dalam serbuan terbabit.

Dalam serbuan itu, kesemua remaja terbabit ditemui sedang leka berpesta di dua bilik khas yang disediakan di premis yang terkenal dalam kalangan pelajar dan remaja bawah umur di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan hasil aduan orang ramai mengenai aktiviti tidak bermoral di pusat hiburan berkenaan yang sering beroperasi lebih masa.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati 27 daripada individu yang ditahan itu positif dadah.

“Polis juga menjumpai ketamin seberat 3.8 gram (g), pil ekstasi dianggarkan seberat 5.9 g dan ketamin sebanyak 1 g.

“Siasatan awal dipercayai pesta goyang itu dianjurkan seorang lelaki dan remaja perempuan masing-masing berusia 27 dan 18 tahun,” katanya.

Menurutnya, kesemua 97 yang ditahan itu sudah direman selama empat hari bermula hari ini.

Leave a reply