Robert Pattinson Diisytiharkan Jejaka Paling Kacak Di Dunia

Menerusi laporan media antarabangsa, pengisyitiharan Robert Pattinson paling kacak di dunia ini dibuat oleh doktor pakar bedah kosmetik, Dr.Julian De Silva.
0
373

Tahun lalu berita mengenai Bella Hadid dikatakan wanita yang miliki paras rupa paling cantik di dunia telah menjadi perhatian ramai. Kali ini nama Robert Pattinson pula menjadi tumpuan kerana diisyitiharkan sebagai jejaka paling kacak di dunia.

Menerusi laporan media antarabangsa, pengisyitiharan Robert Pattinson paling kacak di dunia ini dibuat oleh doktor pakar bedah kosmetik, Dr.Julian De Silva. Ia juga dilakukan berdasarkan kajian yang menggunakan ‘Golden Ratio of Beauty Phi’.

Kaedah yang sama ini juga turut digunakan ketika menganalisis Bella Hadid tahun lalu dan keputusannya telah menjadi perhatian ramai. Ia menggunakan kaedah pemetaan kiraan persamaan yang digunakan oleh manusia zaman purba Yunani untuk mengukur kecantikan seseorang.

Bella Hadid
Bella Hadid

Pada 2009, seorang profesor di University of Nebraska bernama Kendra Schmid berkongsikan mengenai kaedah kiraan yang digunakan ini di dalam sebuah rancangan temubual santai, The Oprah Winfrey Show.

Dalam ratio kiraan kaedah penggunaan ini pada wajah Robert Pattinson yang juga seorang pelakon terkenal, didapati jumlahnya 92.15% ‘tepat’.

Kiraan ini diambil kira pada mata, kening, hidung, bibir, dagu rahang dan bentuk muka milik pelakon ini.

Selain Robert Pattinson yang menduduki tempat pertama dengan markah tertinggi, selebriti Henry Cavill menduduki tempat kedua dengan 91.64% mata menerusi kajian ini.

Manakala Bradley Cooper memperoleh 91.08% dan kedudukan keempat milik Brad Pitt dengan keputusan 90.51%.

Comments are closed.