RUMAH DITELAN API, 50 PEKERJA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG

Sekurang-kurang 50 pekerja tinggal sehelai sepinggang selepas lima rumah dan sebuah blok 10 pintu musnah dalam kebakaran di sebuah kilang kayu di Jalan Patikung Ulu, dekat sini, hari ini.
0
117

KENINGAU: Sekurang-kurang 50 pekerja tinggal sehelai sepinggang selepas lima rumah dan sebuah blok 10 pintu musnah dalam kebakaran di sebuah kilang kayu di Jalan Patikung Ulu, dekat sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.04 pagi.

“Susulan itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi dengan sebuah jentera.

“Menurut ketua operasi, kejadian membabitkan rumah pekerja satu blok 10 pintu dan lima rumah yang terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, anggota segera menjalankan operasi memadam kebakaran sebelum api berjaya dikawal kira-kira jam 10.30 pagi.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas kira-kira 15 minit. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kematian dan kecederaan dilaporkan.

“Anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

Leave a reply