Sabah Ditipu Lagi ! Royalti Minyak Hanya Manifesto

0
1285

Isu yang ditinggalkan kerajaan terdahulu menghalang pelaksanaan janji yang dibuat di bawah manifesto Pakatan Harapan, khususnya berkaitan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan terdahulu menyebabkan sejumlah besar dana sama ada dibazirkan atau meletakkan Malaysia dalam keadaan bermasalah.

“Anda bercakap mengenai dana RM150 bilion, yang bukannya satu jumlah yang kecil. Ini sudah tentu memberi cabaran kepada kerajaan untuk melaksanakan janji.

“Pada masa sama, saya yakin kerajaan akan mengumumkan langkah tertentu untuk membuktikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak tidak berkurang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-dompet 1Pay dan platform e-dagang Oneshop oleh Pusat Beli-belah 1 Utama di sini, hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun kerajaan mengambil langkah konkrit untuk memenuhi janjinya kepada kedua-dua negeri tersebut, dengan mengambil contoh, pembatalan perjanjian Rakan Pelaksana Projek bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Lim berkata keputusan itu dibuat berasaskan rasionalisasi kos, selain untuk memastikan harga, perkhidmatan dan pelaksanaan yang lebih baik.

Ketika ditanya sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan pandangan sesetengah pakar ekonomi bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu dilaksanakan semula, beliau berkata: “kita memansuhkan GST pada Jun tahun lepas dan tidak bercadang untuk memperkenalkannya semula.”

Leave a reply