SABAH LULUSKAN UMUR 18 TAHUN BOLEH JADI CALON ADUN

Rang Undang-Undang (RUU)  Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 dibentaag hari ini di Dewan Undangan Negeri (DUN).
0
340

KOTA KINABALU: Rang Undang-Undang (RUU)  Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 dibentang hari ini di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pindaan tersebut adalah bagi membolehkan had umur minimum mengundi dan menjadi calon pilihan raya bagi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

RUU berkenaan dibentangkan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar.

“Pada Julai 2019, Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur minimum mengundi dan menjadi calon pilihan raya daripada 21 ke 18 tahun, selain pendaftaran pengundi yang akan dilakukan secara automatik.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri telah menyarankan agar kerajaan-kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk meminda peruntukan berkaitan had umur calon dalam Perlembagaan negeri atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing agar selaras dengan undang-undang Persekutuan dan usaha bipartisan untuk memperkasa golongan muda dalam proses demokrasi,” katanya.

Leave a reply