Sah EPL boleh bersambung 1 Jun

Pihak kerajaan memberi lampu hijau kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyambung aksi namun tanpa kehadiran penyokong bermula 1 Jun.
0
93

Pihak kerajaan memberi lampu hijau kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyambung aksi namun tanpa kehadiran penyokong bermula 1 Jun.

Acara kebudayaan dan sukan akan dibenarkan untuk dilangsungkan tanpa kehadiran orang ramai bagi mengelak daripada terkena wabak Covid-19 namun akan ditayangkan secara langsung.

Pengurusan Liga Perdana akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan perkara itu.

Bagaimanapun, ada pasukan yang masih tidak bersetuju dengan Projek ‘Restart’, tetapi mereka yang bersetuju pasti menyambut baik garis panduan yang dikeluarkan kerajaan.

Di sebalik inisiatif untuk menyiarkan aksi bola sepak di televisyen, penyokong mungkin perlu menunggu sehingga setahun sebelum dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan di stadium.

Perdana Menteri, Boris Johnson dan kerajaan percaya situasi ketika ini masih belum selamat untuk membenarkan perhimpunan berskala besar selagi vaksin Covid-19 belum ditemui.

Arahan itu dijangka diteruskan sehingga September dan ia akan diteruskan selagi vaksin belum ditemui.

Comments are closed.