Satu Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Kampung Mempagar

Seorang lelaki meninggal dalam perjalanan ke Hospital Beaufort setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Mempagar, Kilometer 5, Jalan Beaufort - Menumbok.
0
362

Seorang lelaki meninggal dalam perjalanan ke Hospital Beaufort setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Mempagar, Kilometer 5, Jalan Beaufort – Menumbok.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abd. Razak dalam satu kenyataan media mengesahkan kemalangan tersebut yang berlaku semalam, pada pukul 3:50-petang.

Katanya, mangsa yang meninggal, Lusim [email protected] berumur 55-tahun, beralamat di Taman Nelly, Jalan Nountun, Kolombong, Inanam, Sabah. Ketika kejadian, mangsa bersama isterinya, Dora Diana Desmond, 39-tahun yang mengalami kecederaan ringan.

Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu si mati dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung bahagian depan dengan sebuah kenderaan lain.

Mangsa yang terlibat di kenderaan berkenaan adalah sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka yang berusia 12-tahun. Kedua-dua suami isteri yang berusia 46-tahun ini, Samneh Anzmah dan Norsadah Ombi cedera parah dalam kejadian ini. Kedua-dua mangsa masing-masing bekerja sebagai anggota Polis Gerakan Am dan guru. Sementara, anak mereka mengalami cedera ringan.

Sumber/Foto :Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort

Comments are closed.