Senarai Lokasi di Malaysia yang Disyaki Ada Wabak COVID-19

Sejak jumlah kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dari gelombang kedua, kerajaan digesa mendedahkan lokasi jangkitan.
0
797

Sejak jumlah kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dari gelombang kedua, kerajaan digesa mendedahkan lokasi jangkitan.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertegas bahawa dengan mendedahkan lokasi jangkitan, ia boleh menyebabkan identiti pesakit terbongkar dan mengundang stigma.

Dalam gelombang kedua jangkitan itu, sejak 27 Feb, kementerian hanya mendedahkan jumlah kes yang disahkan dan sama ada kes-kes tersebut mempunyai kaitan dengan kelompok tertentu.

Pendekatan itu berbeza dengan yang diambil negara seperti Singapura, yang mendedahkan lokasi yang dilawati oleh pesakit yang diuji positif. Jepun, Belanda dan Korea Selatan pula mendedahkan maklumat mengenai jumlah kes setiap daerah atau wilayah.

Comments are closed.