Sengaja Batuk Pada Pramugari, Wanita China Ini kena ‘Headlock’ Dengan Pramugara Thai Airways

Wabak Covid-19 kini menjadi kebimbangan semua orang di seluruh dunia berikutan masih lagi tiada vaksin dijumpai. Malah, kes yang terkena jangkitan makin meningkat.
0
390

Wabak Covid-19 kini menjadi kebimbangan semua orang di seluruh dunia berikutan masih lagi tiada vaksin dijumpai. Malah, kes yang terkena jangkitan makin meningkat.

Terbaharu, sebuah video tular menunjukkan seorang pramugara telah ‘headlock’ seorang wanita dalam penerbangan Thai Airways. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 6 mac 2020 dalam penerbangan Bangkok ke Shanghai.

Untuk pengetahuan anda, wanita China itu didakwa sengaja batuk pada pramugari selepas terpaksa menunggu dalam kapal terbang selama 7 jam di lapangan terbang Shanghai.

Wanita tersebut melakukan perkara tersebut kerana ingin keluar cepat dari kapal terbang tetapi strateginya gagal. Kelewatan tersebut disebabkan pemeriksaan untuk mengesan covid-19 diperketatkan di lapangan terbang.

Apakah pandangan anda mengenai tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut? Adakah anda rasa wanita tersebut mementingkan diri?

Comments are closed.