SHAFIE APDAL KETUA MENTERI SABAH YANG SAH,MAKHAMAH TOLAK RAYUAN MUSA

Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
0
348

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Kamardin Hashim ketika menyampaikan keputusan itu turut memerintahkan Musa membayar Mohd Shafie dengan kos sebanyak RM50,000 dan membayar Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) sebanyak RM20,000.

Rayuan itu didengar di hadapan panel tiga hakim termasuk Kamardin dan dua hakim lain iaitu Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Musa diwakili pasukan peguam diketuai Tengku Fuad Tengku Ahmad manakala Mohd Shafie diwakili oleh Datuk Doughlas Lind.

Dengan penolakan rayuan itu, Mohd Shafie kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah mengikut Perlembagaan Negeri Sabah.

Leave a reply