SUAMI ISTERI DITAHAN MENDERA PEMBANTU RUMAH HINGGA BUTA

Suami isteri yang ditahan kerana disyaki mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia hingga buta dan mengalami kecederaan di tubuh sejak lapan tahun lalu disambung reman di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.
0
378

IPOH: Suami isteri yang ditahan kerana disyaki mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia hingga buta dan mengalami kecederaan di tubuh sejak lapan tahun lalu disambung reman di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

SUAMI isteri yang ditahan kerana disyaki mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia hingga buta dan mengalami kecederaan di tubuh sejak lapan tahun lalu disambung reman di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.

Peguam mewakili pasangan berkenaan, K Nahtan berkata, kedua-dua anak guamnya dibenarkan disambung reman Penolong Pendaftar, Puteri Nordina Kamalaudin selepas permohonan dibuat polis.

Menurutnya, kedua-dua suspek kes direman sehingga Ahad ini dan berharap mereka dapat dibebaskan selepas siasatan polis selesai bagi menyambut Deepavali bersama keluarga.

Terdahulu, pasangan terbabit dibawa ke mahkamah secara berasingan kira-kira jam 9.30 pagi selepas tempoh reman mereka tamat, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia hilang penglihatan dan mengalami luka di beberapa bahagian tubuh selepas dipercayai didera majikannya sejak lapan tahun lalu.

Wanita berusia 29 tahun itu diselamatkan polis dalam serbuan di Jalan Sultan Iskandar, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, susulan itu pihaknya turut menahan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun yang juga majikan mangsa.

Menurutnya, pihaknya sebelum itu menerima maklumat mengenai mangsa dieksplotasi majikannya sebelum diselamatkan manakala kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan.

“Mangsa dipercayai dipukul menggunakan rotan dan tangan dan siasatan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan luka lama di tubuh.

“Selain itu, muka mangsa bengkak dipercayai ditumbuk dan mangsa juga hilang penglihatan selain berada keadaan trauma serta ketakutan ketika diselamatkan polis,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain (ATIPSOM) 2007.

Leave a reply