Suami isteri tinggal berjauhan boleh rentas negeri

Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun.
0
98

Putrajaya: Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun.

“Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.

“Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas disiarkan secara langsung, hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan negeri Sabah dan Sarawak akan memberi kelonggaran sama untuk tujuan berkenaan.

Katanya, permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

Comments are closed.