Suami Sedih, Isteri Dan Anak Dalam Kandungan Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Pertemuan dan perpisahan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Jodoh dan ajal itu sudah tertulis pada takdir kita.
0
442

Pertemuan dan perpisahan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Jodoh dan ajal itu sudah tertulis pada takdir kita.

Memori pahit manis bersama isteri tidak dapat di padam sepanjang bergelar suami isteri. Siapa yang tidak sedih kehilangan seorang isteri di sisi, yang menjadi tempat mengadu bahkan bermanja ‘pergi’ dengan sekelip mata.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter, Shakir Shahri bukan sahaja kehilangan isteri tercinta malah anak pertamanya turut ikut jejak isterinya ke Syurga.

Aturan Allah, Allah sayang. Alfatihah. Tenanglah wahai isteriku NurShakira Ameera Bt Assakri dan anak Muhammad Noah. One day saya mesti jumpa awak . Insyaallah

Menurutnya di akaun Twitternya, arwah isterinya menghidap jangkitan kuman pada Tonsil, paru-paru dan disahkan mengidap kanser darah/leukaemia. Dalam pada masa yang sama arwah mengandung 15 minggu.

Doakan arwah isteri dan anak saya ya. Terima kasih sahabat, moga Allah tunaikan segala doa2 anda semua. Alfatihah

Comments are closed.