Suami Tumbuk Mata Isteri Hingga Lebam

Mengikut pertuduhan, Mohd Fadlie didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk mata kiri isterinya, Kamarina Mamat, 36, di sebuah rumah di Blok Gelama, Kondo Rakyat Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pada 5.45 petang, 30 Ogos 2019.
0
239

LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini kerana menumbuk mata kiri isteri hingga cedera, Ogos lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Fadlie Abdul Rahman, 32, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, Mohd Fadlie didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk mata kiri isterinya, Kamarina Mamat, 36, di sebuah rumah di Blok Gelama, Kondo Rakyat Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pada 5.45 petang, 30 Ogos 2019.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A akta sama.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan mahkamah menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen bagi lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,600 dengan seorang penjamin.

Comments are closed.