TANGKAPAN OP BERSEPADU PTI BAGI DAERAH KOTA KINABALU

Kota Kinabalu: Seramai 28 orang telah diperiksa dan berjaya menangkap 5 orang (20 lelaki dewasa, 8 wanita dewasa), di dalam satu Operasi Bersepadu PATI Peringkat IPD Kota Kinabalu yang telah dijalankan pada jam 1400 hingga 2000 hrs, 18hb Disember 2019 (Rabu).
0
1085

KOTA KINABALU: Seramai 28 orang telah diperiksa dan berjaya menangkap 5 orang (20 lelaki dewasa, 8 wanita dewasa), di dalam satu Operasi Bersepadu PATI Peringkat IPD Kota Kinabalu yang telah dijalankan pada jam 1400 hingga 2000 hrs, 18hb Disember 2019 (Rabu).

23 orang dibebaskan, setelah pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) dengan pemantauan SPRM, telah membuat pemeriksaan dokumen-dokumen pengenalan diri bagi individu yang ditahan untuk diperiksa di IPD Kota Kinabalu setelah pihak keluarga dan majikan orang yang telah memberi kerjasama dengan menghantar kad pengenalan dan pasport asal untuk tujuan pemeriksaan.

Operasi telah dijalankan di 7 lokasi sekitar Daerah Kota Kinabalu yang telah memakan masa selama 7 jam dengan dibantu daripada Jabatan Pendaftara Malaysia (JPN), Jabatan Imegresen Malaysia (JIM), Ikatan RELA Malaysia, SESB, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan pemantauan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tumpuan lokasi operasi yang dijalankan adalah di kawasan bandaraya yang mana kadar pertumbuhan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mengundang kepada kegiatan jenayah di Daerah Kota Kinabalu.

Anggaran umur tangkapan adalah dalam lingkungan 13 hingga 39 tahun. Pecahan warga asing yang berjaya ditahan adalah 5 orang dan kesemuanya adalah warga Filipina.

Tangkapan PATI akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imegresen 1959/63.

Comments are closed.