Telinga Murid Hampir Koyak Ditarik Cikgu

Tugas menjadi seorang tenaga pengajar bukan satu perkara yang sangat mudah. Berhabis masa dan tenaga demi anak bangsa sudah pastinya antara salah satu tanggungjawab yang dipukul oleh insan yang bergelar cikgu.
0
845

Tugas menjadi seorang tenaga pengajar bukan satu perkara yang sangat mudah. Berhabis masa dan tenaga demi anak bangsa sudah pastinya antara salah satu tanggungjawab yang dipukul oleh insan yang bergelar cikgu.

Namun, ada sesetangah cikgu yang alpa dan secara tidak sedar telah melakukan tindakan yang diluar jangkaan kepada anak murid mereka. Malah, ada sesetengah kes yang menyebabkan pelajar itu tercedera akibat hukuman yang dikenakan ke atas mereka.

Jangan menghukum sampai cedera!

Semalam, seorang lelaki dikenali sebagai Sharizal Amir, berkongsikan satu kisah mengenai seorang murid perempuan yang hampir terkoyak telinga.

Telinga murid berkenaan dikatakan hampir terkoyak akibat ditarik oleh gurunya kerana tidak dapat melengkapkan tugas yang diberikan.

Beberapa keping gambar juga turut disertakan sebagai bukti dan tatapan kepada umum di laman Facebook. Tindakan yang dilakukan oleh guru berkenaan rata-ratanya telah mencetuskan kemarahan orang ramai di ruangan komen.

Telinga hampir terkoyak

Murid dibawa ke klinik

Pelbagai pandangan telah dilemparkan

Tindakan yang dibuat oleh guru berkenaan keatas anak muridnya, telah menimbul pelbagai pendapat dan juga percanggahan. Ada yang menokong malah ada yang menentang sekeras-kerasnya.

“Cikgu perlu mendidik tapi bukan…”

Kalau sampai macam ni, memang tak patutlah

Nak marah jangan sampai memukul

“Ajar je sendiri, kan senang…”

Walau apapun alasannya, diharapkan para pengajar boleh bertindak dan berfikir dengan rasional tanpa mengikut emosi. Ibu bapa juga harus memberikan kerjasama yang saksama kepada pihak sekolah dan juga para guru demi kebaikan anak-anak.

Comments are closed.