Tidak Sabar Untuk Nikah Waktu COVID-19, “Tok Kadi” Arah Nikah Guna Tali

Pasangan pengantin baharu di Jombang, di sini, mengambil keputusan meneruskan majlis pernikahan mereka dengan hanya menggunakan tali ketika akad nikah bagi mengelak penularan koronavirus baharu (Covid-19).
0
301

Pasangan pengantin baharu di Jombang, di sini, mengambil keputusan meneruskan majlis pernikahan mereka dengan hanya menggunakan tali ketika akad nikah bagi mengelak penularan koronavirus baharu (Covid-19).

Detik.com melaporkan, majlis pernikahan unik itu dijalani Ifan Saifudin dengan pasangannya, Miftahul Firdaus, yang disempurnakan penghulu dari Pejabat Urusan Agama Jombang, Rabu lalu.

Pasangan dua sejoli itu juga memakai penutup mulut dan hidung, selain sarung tangan bagi mematuhi penjarakan sosial yang disyorkan pihak berkuasa Indonesia.

Pernikahan itu dilangsungkan secara tertutup dengan hanya 10 ahli keluarga daripada kedua-dua mempelai yang menghadiri majlis itu.

Ketika Ifan melafazkan akad nikah di hadapan penghulu, mereka menggunakan tali berwarna putih sepanjang 60 sentimeter sebagai tanda berjabat tangan.

Ketua Pejabat Rusan Agama Jombang, Hasanuddin berkata, majlis akad nikah menggunakan tali itu disarankan Kementerian Agama Indonesia.

“Tentunya akad nikah seperti ini untuk mencegah penyebaran Covid-19, berjabat tangan dikhuatiri akan merebakkan penularan virus itu,” katanya.

Comments are closed.