Tiga ditahan buru rusa secara haram

Cubaan tiga lelaki membawa keluar kira-kira 200 kilogram daging rusa hasil daripada aktiviti pemburuan haram gagal apabila mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, hari ini.
0
355

Tawau: Cubaan tiga lelaki membawa keluar kira-kira 200 kilogram daging rusa hasil daripada aktiviti pemburuan haram gagal apabila mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, hari ini.

Ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia antara 29 hingga 49 tahun itu ditahan ketika melalui sekatan jalan di Sungai Imam, Jambatan Putih, di Tawau, kira-kira 9 pagi.

Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris berkata, siasatan awal mendapati semua suspek yang menaiki sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dipercayai baharu keluar daripada berburu di kawasan hutan simpan Luasong.

Katanya, anggota penguat kuasa JHL mengesan kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan di ruang belakang kenderaan terbabit menemui daging rusa yang siap dilapah dan dipotong-potong menjadi beberapa bahagian kecil dipercayai untuk dijual,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sailun berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan faktor permintaan tinggi terhadap daging rusa menyebabkan ada segelintir individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab masih meneruskan kegiatan memburu secara haram.

“Suspek kemudiannya ditahan kerana kesalahan memburu tanpa permit selain memiliki hasil

Comments are closed.